Kaca dan Cermin adalah wadah permukaan untuk hiasan dan tulisan. Menggunakan teknik sand blast dan masking, pelbagai corak tulisan, motif atau ukiran dapat di hasilkan atas permukaan kaca dan cermin ini. Seterusnya dengan teknik pengwarnaan solid atau metallic, pelbagai gubahan ukiran terhasil. Pelbagai rekaan dan ukiran seni khat Arab and Rumi dapat digubah untuk menjadi perhiasaan dinding atau meja, cenderahati dan tanda peringatan tulus ikhas. Galleri Frame N Ukirkaca di Kulim boleh membantu mengabadikan kenangan dan ingatan anda atas ukiran kaca atau cermin. Kunjungilah galleri kami untuk melihat pelbagai produk ingatan dan hiasan. Kami juga mengambil tempahan corak ukiran dan gubahan tersendiri dari anda. Selain dari itu, kami ada menyediakan perkhidmatan frame / bingkai gambar.
Cermin dan Kaca
Wadah Permukaan
Cermin dan Kaca 4 mm dan 5 mm di gunakan sebagai permukaan asas sandblast.
Bingkai Kayu
Bahan Frame
Kami mengunakan kayu frame bermutu tinggi yang memberi sokongan padu pada hiasan serta memberi kemasan bermutu tinggi.